Ustaz Budak nafi join PAN, istiqamah dengan PAS sampai mati



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jadi yang pertama sekali ambo (saya) nak sebutnya masalah gege (bising, kecoh) sehari dua ni.

Kecoh satu Kelate (Kelantan), Malaysia bahkan seluruh dunia hari ini, kecoh mengatakan bahawa ambo ni Ustad Budak ni, masuk parti PAN.


Jadi yang pertama sekali ambo nak sebutnya, tujuan asal ambo pergi (pergi ceramah ke kawasan PAN) ialah, ambo bawok sekeping surat, yang mano ambo suruh kerani pondok ambo tulih.

Jadi kebetulan ambo pegi dah, jadi orang suruh ambo kecek (bercakap, berucap) sepatah dua, dan ugama tak larang mana kita nak pergi, baik tempat orang kapir sekalipun dianjurkan oleh ugama kita.

Jadi yang pertama sekali ambo nak sebut, ambo nafikan bahawa orang kata ambo ni isi bore (borang) masuk Amanah. Itu adalah satu anggapan yang tidak betul, satu anggapan yang salah.


Jadi, dengan itu ambo memanfikan ambo ni masuk parti Amanah dan ambo tetap istiqamah dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ini sehingga akhir hayat sebagaimana tok-tok guru kita yang telah pergi tu, semua tu mati dalam parti islam, antaranya tok guru kita Nik Aziz, tok guru Haji Lah Lubok Tapah,tok guru Haron Din dan banyok lagilah beberapa ulamak-ulamak yang teratas.

Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 – Cinca

 

Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram