PENYAMPAI radio dan pelakon, Aishah Sinclair dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk ke udara di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi tadi sebelum mendapat berita sedih mengenai abangnya, Ashraf.
Aishah yang mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan menerima perkhabaran duka itu daripada ibunya.
Perkara itu dikongsikan rakan penyampai Rod dan Prem dalam program berkenaan awal pagi tadi.
Loading...
“Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” katanya.
Tambahnya lagi, sebaik menerima khabar itu, Aishah yang terkejut terpaksa bergegas pulang untuk mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu bapanya.
Malah, Aishah juga dimaklumkan bahawa Ashraf meninggal dunia ketika sedang tidur.
Loading...
Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa kira-kira jam 3.45 waktu tempatan ekoran daripada serangan jantung di Hospital MMC, Jakarta.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Beliau mengahwini penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dan mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak daripada itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung
Join our Telegram Channel