PETALING JAYA: Satu notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM22.16 juta yang dikeluarkan oleh Kastam Malaysia kepada Heineken (M) Bhd telah dibatalkan, lapor The Edge Markets.
Syarikat itu berkata ia menerima surat, bertarikh 3 Feb yang membatalkan notis tuntutan berkenaan pada, 17 Feb lepas.
Dalam pemfailan hari ini, Heineken berkata tuntutan itu adalah untuk cukai jualan antara 1 Julai 2012 hingga 31 Oktober 2013.
Laporan itu menambah bahawa terdapat satu lagi notis tuntutan berjumlah RM34.17 juta untuk duti eksais dari 28 Ogos 2012 hingga 31 Oktober 2013 kekal tidak berubah.
Syarikat itu berkata ia mempunyai alasan kukuh untuk menolak asas tuntutan tersebut.
Sebelum ini, Jabatan Kastam Selangor membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta yang dikeluarkan kepada Carlsberg Brewery Malaysia.
Carlsberg mengesahkan pembatalan tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti sebanyak RM6.88 juta bagi tempoh 1 Julai 2011 hingga 14 Januari 2014 dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel