PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat percubaan pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Kata beliau, percubaan itu membabitkan kerajaan Bersatu dan segelintir pihak dari parti PKR.
Loading...
"Sekarang kita menunggu maklumat lanjut tetapi ada percubaan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan membabitkan bekas rakan kita Bersatu dan segelintir dari PKR yang khianat.
"Mereka sudah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang tadi namun belum ada pengumuman lanjut," katanya.
Loading...
Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan tazkirah selepas solat Maghrib, di kediamannya di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur.
Anwar berkata, beliau tidak mempunyai maklumat penuh mengenai penubuhan kerajaan baharu.
Loading...
"Soalan mengenai kerajaan baharu... saya belum mendapat maklumat penuh lagi," katanya dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Keadilan Rakyat.
Pada sesi tazkirah itu juga, Anwar kelihatan sentiasa memeriksa telefon bimbitnya.
Wartawan yang berhimpun di hadapan kediamannya tidak dapat mengikuti atau mendengar sesi tazkirah itu apabila diminta keluar selepas solat Maghrib tadi. – HMetro
Loading...
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Pemimpin PPBM, team Azmin, Umno-Pas-Najib, masing-masing bermesyuarat tergempar
- Azmin, Zuraida buat pengumuman tergempar sebentar lagi..
- Ahli Parlimen GPS bermesyuarat di KL, bincang suatu perkara besar..
- Azmin umum beliau sedang bahagia, sebelum pengumuman gempar petang ini
- Mahathir mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini – Sumber
- Mohon standby di airport, tahan pemimpin DAP, PKR, PAN yang nak lari keluar negara – Azri
- Adalah dibincangkan sedikit (BERSATU keluar PH) – Redzuan
- Shafie Apdal juga dilaporkan berada di ibu negara
- 20 kenderaan VIP masuk Istana Negara
- Sayu, penyokong berkumpul di rumah Anwar
- Zahid otw ke Istana Negara selepas mesyurarat khas MT Umno
- 6 parti kini di Istana Negara
- Tun M sudah ada 130 kerusi
- TERKINI: Guan Eng tinggalkan pejabat, elak wartawan
- Zahid, Hadi, Azmin, Muhyiddin tiba di Hotel Sheraton
Join our Telegram Channel