Raja Abdullah juga mahu Najib jaga kestabilan Malaysia, tangkis pengaruh syiah – Jamil Khir



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menjadi saksi prosiding SRC International Sdn Bhd membabitkan penyewelengan RM42 juta hari ini mendedahkan lebih terperinci berhubung pertemuan dengan Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.

Menurutnya, mesyuarat tidak rasmi di Riyadh pada Januari 2010 atas jemputan Raja Abdullah dihadirinya itu bersama Datuk Seri Najib  Razak, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan mantan Duta Malaysia kepada Arab Saudi, Syed Omar Al-Saggaf.

Beliau yang juga saksi pembelaan kelima itu mendedahkan walaupun perbincangan sulit hanya membabitkan dirinya bersama-sama Najib serta Raja Abdullah namun bekas perdana menteri itu juga berkongsi maklumat sumbangan derma kepada Anifah dan Syed Omar.

Loading...

Jamil Khir berkata demikian ketika membacakan keterangan saksi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menurutnya, sejurus selepas mesyuarat utama yang dihadiri oleh semua pihak dan wakil Arab, Raja Abdullah kemudian sempat mengadakan ‘perbualan sulit’ dengan Najib.

“Pada akhir mesyuarat, saya diisyaratkan Najib untuk bersama beliau dan Raja Abdullah beralih dari tempat mesyuarat dan berjalan ke tengah dewan, ini kerana satu perbualan sulit berlaku di antara Najib dengan Raja Abdullah.

Loading...

“Saya sedar saya dijemput kerana saya adalah Menteri Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Agama yang bertanggungjawab menyeliakan urusan agama dan urusan haji.

“Kandungan perbualan sulit ini merangkumi ‘aku janji’ Raja Abdullah untuk memberi sumbangan dana kepada Najib.

“Kalau tidak silap saya, Raja Abdullah ada juga menyebut beliau akan menghantar sumbangan dana ini tidak berapa lama dari tarikh mesyuarat tersebut serta ada berkata dana ini akan dibuat ke satu akaun persendirian Najib.

Loading...

“Saya fahami perlunya dana ini disalurkan ke akaun persendirian Najib supaya memudahkan dan melicinkan perjalanan politik beliau terutamanya untuk kegunaan politik menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.

“Semasa kami sedang keluar dari bilik mesyuarat ke kenderaan masing-masing, Najib ada menceritakan perkara berkaitan sumbangan dana oleh Raja Abdullah kepada Anifah dan Syed Omar ketika itu juga,” katanya.

MGF03022020_NAJIB-SRC03Seperti keterangan Syed Omar semalam, Jamil Khir juga mendakwa bagaimana Raja Abdullah begitu kagum dengan cara pemerintahan Najib selaku perdana menteri menerajui sebuah negara Islam bertamadun.

Loading...

Jelas Jamil Khir, Raja Abdullah bimbang kebangkitan pergolakan politik di negara-negara Islam yang akan menyebar ke negara-negara Asia Tenggara.

“Raja Abdullah hendak kestabilan Malaysia sebagai satu negara Islam yang moderate dan maka ini dikekalkan serta mahu Najib mengukuhkan kedudukan dan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya 2013.

“Selain itu, baginda juga mahu menangkis pengaruh syiah dan juga membasmikan ekstremis agama yang ketika itu mula berleluasa di Malaysia.

Loading...

“Raja Abdullah menyebut isu-isu tersebut ditangani memandangkan masalah yang sama pada masa itu sedang berlaku di Timur Tengah yang akhirnya telah mencetuskan Arab Spring pada Disember 2010,”  kata Jamil Khir.

Perbicaraan yang masuk hari ke-78 sebentar tadi bersambung dengan peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ini melakukan pemeriksaan utama. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Wallahi, wabillahi, watallahi saya tidak pernah meminta suapan – Najib





Join our Telegram Channel
Telegram