KERAJAAN Malaysia yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) masih 'berjalan' seperti biasa, menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menteri Kewangan itu berkata, perkara itu diberitahu oleh Ketua Setiausaha Negara dalam satu mesej pesanan ringkas kepadanya.
Loading...
Bagaimanapun untuk kepastian, katanya, biar Jabatan Peguam Negara menjawab mengenai status kerajaan sekarang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Saya fikir jelas sekali mengenai status kerajaan Malaysia sekarang apabila saya menerima mesej pesanan ringkas daripada Ketua Setiausaha Negara bahawa semuanya berjalan seperti biasa.
"Apa pun, lebih baik kita tunggu kenyataan Peguam Negara. Saya rasa, Peguam Negara akan keluarkan kenyataan mengenai hal ini (status kerajaan)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tergempar di ibu pejabat DAP, hari ini.
Loading...
Beliau berkata demikian menjawab soal dibangkitkan media berkenaan status kerajaan selepas Dr Mahathir hari ini mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mengulas mengenai kenyataan terakhir Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di akaun Twitter sebagai Menteri Kesihatan, Guan Eng berkata, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertindak sebagai menteri sementara dalam menangani isu penyebaran COVID-19. – HMetro
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Anwar bertemu Mahathir 9.30 pagi ini
- Azmin bimbang gabungan baru gagal jika tangguh
- Wan Azizah, Guan Eng, Mat Sabu kini di PMO
- Anwar gagal jumpa Tun M di PMO
- Pertemuan dua jam berakhir
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- TERKINI: PPBM keluar daripada Pakatan Harapan – Muhyiddin
- TERKINI: Azmin dan 10 MP keluar PKR-PH
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat
- MP BN, PAS ke Istana Negara petang ini
- PM letak jawatan, Kabinet terbubar – Prof Dr Ramlah Adam
Join our Telegram Channel