UNITY GOVERNMENT: Najib tanya kalau betul, kenapa PPBM keluar PH?



Ada beberapa pemimpin PH yang sedang menjaja cerita bahawa niat untuk membentuk kerajaan perpaduan (untiy government) sudah wujud dari dulu lagi.

Bahawa rundingan dengan UMNO/PAS tidak pernah berbincang syarat DAP tidak akan ada dalam kerajaan baru.


Loading...

Bahawa UMNO dan PAS hanya tarik balik sokongan terhadap PM ke-7 setelah kononnya diberitahu bahawa kes-kes pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan dihentikan - bukan kerana DAP.

Baiklah.

Jika memang niat dari dulunya ialah untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama DAP, kenapa pulak PPBM perlu keluar dari PH?

Sebab apa?

Jawablah.


Loading...

Korang yang minta kita berunding setelah sokongan Rakyat kepada PH semakin merudum.

Korang pulak yang tukar syarat pada saat-saat terakhir.

Dan korang juga yang berbohong dan memfitnah kita sekarang setelah kami menolak? – Najib Razak


Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram