Najib: Beebi Koya tak sempat buka kes Guan Eng



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kesal kerana Latheefa Koya melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sempat membuka semula kes banglo dan projek terowong Pulau Pinang  membabitkan Lim Guan Eng.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Latheefa yang memegang jawatan itu atas lantikan politik tidak pernah mendakwa mana-mana pemimpin Pakatan Harapan.

Loading...

Malah, katanya, Latheefa hanya menulis surat kepada parti PKR apabila mendapati ada salah laku pemimpin parti tanpa didakwa.

Namun, kata Najib, Latheefa telah mencatat sejarah sebagai ahli parti politik pertama dilantik menjadi Ketua SPRM dan Ketua SPRM pertama yang mendedahkan rakaman audio dan video secara umum sebelum apa-apa siasatan bermula, juga sebelum rakaman tersebut disahkan tulen.

Loading...

Awal pagi tadi, Latheefa dalam satu kenyataan mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri pada 2 Mac lalu.

Tindakan itu dibuat atas pilihannya sendiri dan bukannya disebabkan sebarang tekanan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Latheefa Beebi Koya sah letak jawatan Ketua Suruhanjaya SPRM


Join our Telegram Channel
Telegram