KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Seri Mujahid Yusof mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di atas pelantikannya dalam Kabinet.
Mujahid berkata, beliau yakin Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan mempertahankan dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan olehnya semasa memegang jawatan menteri sebelum ini.
Loading...
“Ini kerana sepanjang usaha ini digerakkan bawah PH beliau tahu hati budi saya di sebalik fitnah yang tersebar.
“Bertaqwalah dengan jawatan anda!” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Dr Zulkifli diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Loading...
Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Senator esok merupakan mufti pertama dilantik menteri penuh. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mufti wilayah jadi menteri agama, CEO CIMB menteri kewangan
- Pencarum TH, orang Islam patutnya kini lebih gembira – Dr Zaharuddin
- Isu TH: Dr Zaharuddin lepas tangan, saya tak minat politik
- Hotel TH yang dijual kesemuanya untung, tidak rugi – Najib
- RCI: RM10b aset TH dijual kepada syarikat 'dummy'?
- TH jual kerana hartanah tak berguna, tak membawa pulangan
- Ladang TH dijual, hotel TH yang untung pun dijual – Najib
- Tutup 4 hotel TH, SPV 'selamatkan' apa?
- Tutup 4 hotel, TH hendak linkup ke apa? – Najib
Join our Telegram Channel