KUALA SELANGOR – Selepas 21 tahun memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, kira-kira lebih 1,000 ahli PKR dari Cabang Tanjung Karang mengumumkan keluar parti, hari ini.
Jurucakap kumpulan itu, Zainal Abidin Abdul Samad mendakwa, tindakan berundur daripada parti itu kerana mereka hilang keyakinan dan kecewa terhadap kepimpinan Anwar.
“Beliau telah gagal memacu dan mengendalikan parti ini sebagai seorang presiden. Lebih buruk lagi apabila setelah kami memperjuangkan beliau untuk dibebaskan dari penjara.
Loading...
“Kemudian mengharapkan beliau dapat memacu parti ini ke arah yang lebih baik lagi, tapi kami melihat beliau gagal.
“Ini dapat dilihat semasa dan selepas pemilihan parti pada 2018. Parti ini telah berpecah dengan teruknya,” katanya pada sidang media di Fireflies Resort Bukit Belimbing, malam ini.
Menurut Zainal Abidin, keyakinan mereka terhadap Anwar semakin terjejas apabila Biro Politik dan Lembaga Disiplin parti memecat secara beramai-ramai kepimpinan parti itu.
Loading...
“Lebih memburukkan lagi dengan siri pemecatan ke atas beberapa anggota parti dan terbaru pemecatan timbalan presiden dan naib presiden serta pegawai-pegawai mereka,” katanya.
Zainal Abidin juga berkata, tindakan itu diambil kerana mereka menerima desakan dan ancaman daripada pihak tentu dalam parti untuk memecat mereka.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira sikap sesetengah pemimpin dan anggota parti yang bersungguh-sungguh yang mahukan kami disingkirkan daripada parti,” katanya.
Loading...
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kegagalan Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8 sebagaimana yang dijanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), bulan lalu merupakan antara faktor mereka meninggalkan parti.
“Keputusan ini diambil kerana kami berasa kecewa setelah melihat kegagalan Presiden kami mencapai matlamat politiknya untuk menjadi Perdana Menteri ke-8,” katanya.
Loading...
Katanya lagi, pihaknya juga berikrar untuk tidak menyertai mana-mana parti politik selepas bebas daripada PKR.
“Tetapi kami akan terus bergerak dalam NGO di Tanjung Karang dan Selangor untuk menyampaikan aspirasi dan usaha kerajaan pusat dan negeri kepada rakyat,” katanya lagi.
Sebagai simbolik pengumuman keluar parti, Zainal Abidin turut melambai-lambai ke arah lensa media dan menanggalkan baju serta bendera parti ke atas lantai. – MalaysiaGazette
Loading...
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lebih 500 ahli PKR Kelantan keluar parti
- Ketua Cabang Libaran, 3,144 ahli keluar PKR
- 400 Ahli dari 24 cabang Perak keluar PKR
- 563 ahli PKR Cabang Kota Raja keluar parti
- 850 ahli PKR cabang Sabak Bernam keluar parti
- 2,000 ahli PKR keluar parti, cabang Pasir Puteh lumpuh
- Lebih 1,000 ahli PKR Cabang Tanjung Karang umum keluar parti
Join our Telegram Channel