PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menangguhkan bayaran balik pinjaman pendidikan yang perlu dibayar secara bulanan selama 3 bulan mulai hari ini sehingga 30 Jun.
Penangguhan akibat penularan Covid-19 itu dijangka membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, melibatkan jumlah kutipan RM375 juta.
Loading...
“Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03-2193 3000 yang beroperasi pada Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
“Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my,” katanya dalam kenyataan.
Kerajaan mengeluarkan perintah kawalan pergerakan sehingga 31 Mac bagi mengekang penyebaran Covid-19. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tak sokong bantuan RM600, Pudin dibalun Bossku
- Masa jadi PM tak nak sekat, sekarang tuduh orang Malaysia tidak serius tangani Covid-19
- 6 bulan diskaun bil elektrik mulai 1 April
- PTPTN tangguh bayaran balik pinjaman selama 3 bulan
Join our Telegram Channel