KUALA LUMPUR – Sidang pertama Parlimen bagi penggal ketiga yang dijadualkan 9 Mac ini mungkin ditangguh.
Penangguhan ini bagi memberi laluan kepada penubuhan kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru mengangkat sumpah.
Loading...
Kemungkinan besar sidang itu bermula pada 23 Mac, menurut sumber kepada MalaysiaGazette.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu belum diputuskan secara muktamad.
Loading...
Tambahnya, jika pelantikan kabinet dibuat pada minggu ini, ia masih terlalu singkat untuk meneruskan sidang parlimen.
Ini kerana, apabila pelantikan kabinet dibuat, ahli-ahli Parlimen yang dilantik sudah pastinya perlu menyesuaikan diri dan pentadbiran dan pengurusan kementerian masing-masing.
Loading...
“Perkara-perkara ini menjadi pertimbangan kerana kita tidak mahu sidang parlimen terjejas. Oleh itu kemungkinan besar sidang parlimen pada jadual asal 9 Mac akan ditangguh.
“Parlimen akan memberi makluman dalam masa terdekat,” katanya. – MalaysiaGazette
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8
- Baru Bian MP ke-114 tandatangan SD sokong Tun M?
- 1 juta SD pun tak ubah keputusan Agong lantik PM, dah lambat..
- 2 MP tampil nafi sokong Tun M, SD masih tak cukup
- PH masih ada peluang lantik PM – Pakar Pengkaji Sains Politik
- [LIVE] MAJLIS ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI KE-8
- Muhyiddin sah angkat sumpah sebagai PM ke-8
- PH sepakat undi tak percaya kepada Muhyiddin – Anwar
Join our Telegram Channel