AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali, hari ini sah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, 3.45 petang tadi.
Loading...
Pengumuman dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.
Turut hadir menyaksikan istiadat itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Loading...
Sulaiman, 55, yang juga Setiausaha UMNO Bahagin Masjid Tanah adalah anak kelahiran Jalan Bangsal Rebah, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, di sini.
Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri pada 2014-2018.
Loading...
Selain mempunyai kelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC ) dari United Kingdom, beliau turut berkelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun membabitkan syarikat PETRONAS Carigali, ExxonMobil dan Industri Pembangunan Minyak dan Gas.
Hasil perkahwinannya dengan Datin Munira M Yusop, beliau dikurniakan tiga cahaya mata. – HMetro
Loading...
Please subscribe
Loading...
ARTIKEL MELAKA:
- Zahid bertemu TYT Melaka
- Zahid: Cadangan dah beri, tunggu TYT umum
- PN Melaka tarik balik kerjasama 2 Adun Bersatu
- 15 Adun PN mengadap TYT Melaka petang ini
- Adun PKR dakwa PH tawar jawatan KM Melaka
- 15 Adun PN jumpa TYT Melaka
- Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ditangguh
- PN Melaka mengadap TYT kali kedua
- TYT restu Ketua Menteri Melaka baharu dari Perikatan Nasional
- Bersatu Melaka sokong sesiapa saja yang dilantik ketua menteri
- Sah! Sulaiman Ketua Menteri Melaka ke-12
Join our Telegram Channel