KENYATAAN MEDIA
Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah mendapat representasi daripada sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Hj, Adly bin Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.
Di atas budi bicaranya, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah tidak mempersetujui permohonan YAB Ketua Menteri Melaka untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Loading...
Oleh yang demikian, berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, YAB Ketua Menteri Melaka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Selanjutnya, berdasarkan Perkara 7(2)(a) Perlembagaan Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka akan melantik dalam masa terdekat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Ketua Menteri baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang pada pendapat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri
DATUK SERI HASIM BIN HASAN
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
2 Mac 2020
Loading...
Loading...
ARTIKEL MELAKA:
- Paling kurang 3 negeri PH runtuh
- Adly beri ucapan terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka
- PH 13, BN 13, parti mana tadbir Melaka?
- Tunggu dan lihat – UMNO Melaka
- Melaka tergantung, BN bakal bentuk kerajaan negeri baharu
- SD UMNO Melaka lengkap, tubuh kerajaan negeri dalam masa terdekat – Ab Rauf
- BN, Bersatu tubuh kerajaan negeri Melaka dalam masa terdekat
- Ab Rauf ketuai pertemuan dengan TYT Melaka
- Kerajaan PH Melaka tumbang
- Saya mengaku saya jadi barua – Norhizam Hassan Baktee
- Adly Zahari cadang TYT bubar DUN, adakan Pilihan Raya Negeri
Join our Telegram Channel