Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), memasuki Seri Negeri pada pukul 11.51 pagi.
Loading...
Turut kelihatan kenderaan yang membawa Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Omar Jaafar.
Pada Isnin lepas, Mohd Khalil dilaporkan telah mendapat representasi bahawa ketua menteri Melaka Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli DUN (ADUN) Melaka.
Loading...
Pada sidang media pada Isnin, Ab Rauf mendakwa gabungan baharu memperoleh sokongan 17 ADUN daripada keseluruhan 28 bagi membentuk kerajaan negeri. – Bernama
ARTIKEL MELAKA:
ARTIKEL MELAKA:
- Kerajaan PH Melaka tumbang
- Saya mengaku saya jadi barua – Norhizam Hassan Baktee
- Adly Zahari cadang TYT bubar DUN, adakan Pilihan Raya Negeri
- Melaka: TYT tolak cadangan Adly bubar DUN
- "Saya tidak akan letak jawatan" – Adly Zahari
- Saya masih Ketua Menteri Melaka, kata Adly
- Khidmat Adly telah tamat 4 petang semalam – TYT
Join our Telegram Channel