Alif Syukri kantoi menipu jual face mask RM25 tak kalis air



Topeng muka tiga lapisan adalah paling sesuai digunakan orang awam sebagai langkah pencegahan ekoran penularan wabak Covid-19.

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Benedick Sim berkata, ia lebih selamat kerana boleh menghalang virus berkenaan tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti koronavirus.

"Kita tidak menggalakkan penggunaan topeng muka jenis satu lapis dan N95.

"Topeng muka yang digunakan juga perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam untuk mengelakkan kuman terus membiak," katanya.


Loading...

Namun kini seluruh dunia mengalami masalah kekurangan topeng muka tiga lapisan.

Negara-negara pengeluar topeng muka pula memberhentikan penjualan mereka kepada negara luar.

Kesempatan ini diambil oleh pembuat topeng muka DIY untuk mempromosikan produk mereka, termasuklah Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi video yang dikongsi secara langsung di halaman instagramnya Aliff Syukri dilihat cuba mempromosikan topeng muka DIY yang diperbuat daripada kain.

Beliau mendakwa topeng muka itu tidak mampu ditembusi oleh koronavirus (Covid-19) kerana mempunyai dwi lapisan.

Demonstrasi dilakukan dengan cara Aliff Syukri meniup api melalui topeng muka dan ajaibnya api itu tidak terpadam menunjukkan topeng muka itu tidak mudah ditembusi oleh apa-apa.


Loading...

Namun penipuan Aliff Syukri terbongkar apabila penonton mencabar beliau untuk menuangkan air pada topeng muka itu untuk mengetahui samada topeng muka itu mampu menghalang air dari menembusinya.

Aliff Syukri menyahut cabaran penonton itu lalu melakukan demonstrasi kedua, menuang air.

Tidak semena-mena air bercucuran ke bawah menembusi topeng muka yang dijual oleh beliau.

Rata-rata penonton tidak berpuas hati kerana Alliff Syukri terang-terang cuba menipu pelanggannya dengan menjual topeng muka yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berniaga dlm islam mesti jujur…Klu x phm2 sndri je la…D0sa dgn Allah swt blh mntk ampun…Tp d0sa dgn manusia kna crik smpi redha”



“Ya Allah tak tahu nk gelak ke nak kesian. Berubah muka..”



“Ni nmnya amik kesempatan dlm kesempitan..baik beli facemask kat farmasi berkotak² tu & sedekahkn lg bgus..dh tntu pakar kesihatan pun galakkn kt pkai yg tu dr yg kain ni”

“Dari mbazir beli mask rm25 satu,lg baik guna duit tu beli pad utk wife time masa ‘dia’ dtg.. hahaha… Mmg tebal betul muka dia ekk.. pastu nak salahkn netizen plak.. aishhhh..”

“Yang paling sadis. Mask murah tu tak tembus. Dia siap terbalikkan , suruh pekerja dia tuang lagi air. Tak jugak tembus. Allahuu macam mana la perasaan masa tu ”

Ramai mempersoalkan, jika topeng muka yang cuba dijual itu menggunakan cara menipu orang ramai, bagaimanakah produk-produknya yang lain. Adakah beliau turut menggunakan pendekatan yang sama, dengan menipu? – Cinca?



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram