Hina B40, netizen lancar petisyen desak Vivy Yusof letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Antara gambar grafik yang tersebar di media sosial.

Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang usahawan kosmetik yang mengeluh bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Vivy Yusof dilihat membalas komen tersebut dan seolah bersetuju dengan kenyataan wanita itu. Vivy percaya kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas PKP, baik pemilik syarikat mahupun pekerja.


Loading...

Kenyataan kedua-dua usahawan itu mengundang pelbagai komen negatif, malah ada yang mengecam akan memboikot produk mereka kerana mentaliti seperti itu.

Bagaimanapun, Vivy telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perkara itu serta menjelaskan bahawa dia tiada niat memperlekehkan nasib B40 tetapi hanya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.

Sebelum ini Vivy telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Mei tahun lalu.


Loading...

Terkini netizen melancarkan petisyen mendesak Vivy untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.

Petisyen itu turut mengatakan bahawa Vivy tidak menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai ahli lembaga pengarah UiTM serta tidak menjaga nama baik UiTM.

Setakat artikel ini ditulis, petisyen tersebut telah mendapat sokongan ramai netizen dengan pendaftaran sebanyak 95,880 orang. – RotiKaya/Cinca






Join our Telegram Channel
Telegram