Man Raja Lawak derma RM50,000, jual kereta, motosikal bantu orang memerlukan



Di saat media sosial kecoh dengan isu segelintir artis yang meminta bantuan khas untuk mengharungi situasi COVID-19 sekarang, lain pula yang dilakukan oleh pelawak tanah air Man Raja Lawak.

Man Raja Lawak atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim dalam satu kiriman di Instagram-nya pada semalam mengumumkan akan mendermakan wang tunai sebanyak RM50,000 kepada mereka yang terkesan dengan situasi sekarang.

Wang tunai itu menurut Man adalah merupakan hasil daripada hadiah kemenangan beliau dalam pertandingan realiti Maharaja Lawak Mega sebelum ini.

Loading...

Beliau sebelum ini menyertai pertanding itu bersama dengan Kumpulan Puteh yang turut disertai lagi dua pelawak Ali dan Mamak pada tahun lalu.

Man bagaimanapun menjelaskan bantuan itu akan dinilai terlebih dahulu oleh pihaknya dan akan diberikan kepada mereka yang layak sahaja.

Beliau juga pada masa sama mengingatkan agar mereka yang ingin memohon bantuan itu agar hanya menghubunginya melalui Instagram sahaja dan bukan saluran lain.

Loading...

“Sekarang ni Facebook, Whatsapp, dan call masuk tak henti-henti sejak tersebar cerita saya. Saya kena teliti dan pastikan anda benar-benar layak baru saya akan transfer- sama ada cepat atau lambat dan tidak semestinya ikut amaun yang anda minta,” tulisnya dalam kiriman di Instagram.

Dek kerana permohonan yang terlalu tinggi itu juga, Man dalam satu kirimannya lain turut berkorban untuk menjual motosikal dan kereta miliknya bagi menambah jumlah sumbangan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan itu.

“Dalam saat-saat genting begini, saya menyeru mana-mana pihak yang masih ada tunai, tolonglah beli motorsikal dan kereta saya untuk menambahkan jumlah sumbangan saya.

“Sesiapa berminat boleh DM saya, nak jual dengan harga mampu milik,” kongsi beliau.



“Kalau Anju boleh pakai kereta Satria Neo, kenapa pula saya tak boleh pakai Kancil? Janji boleh berlumba ke syurga.”  Man Raja Lawak



Man dalam masa yang sama turut memuji Zarina Anjoulie atau nama singkatannya Anju yang hanya memakai kereta Satria Neo dan menganggapnya ia adalah satu cabaran bagi dirinya untuk berebut membuat kebaikan.

“Ada pula sahabat boleh tanya, kau jual kereta nanti nak bawa family pergi mana-mana nak naik apa?

“Jawapan saya mudah je, kalau Anju boleh pakai kereta Satria Neo, kenapa pula saya tak boleh pakai Kancil? Janji boleh berlumba ke syurga,” kata Man. – Vocket/Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:




Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram