Netizen Thailand banding ucapan PM Malaysia banyak tanda Love



Sepanjang musim Covid-19 ini, setiap negara mengambil pelbagai usaha baru dari semasa ke semasa bagi mengekang wabak tersebut daripada menjadi semakin kritikal.

Bagi memberi maklumat kepada orang ramai, sidang media atau perutusan khas dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) yang semestinya membuatkan rakyat ternanti-nanti dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.


Loading...

Terbaru, seorang pemuda Thailand yang bernama Volt Narawat Wangapakul berkongsi paparan skrin ucapan PM negara tersebut iaitu Prayut Chan-o-cha dan PM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi laporan Bangkok Post, Prayuth dipercayai berucap mengenai rakyat yang melanggar perintah berkurung namun tidak akan mengenakan peraturan atau sekatan yang lebih ketat di negara tersebut.

Manakala Muhyiddin pula mengambil langkah untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April ini demi keselamatan rakyat.


Loading...

“Apabila PM Thailand dan PM Malaysia buat sidang media, situasi dan tahap penilaian daripada rakyat. PM yang bagaimana kita mahu untuk memimpin negara?,” tulis pengguna Facebook tersebut.

Kedua-dua paparan skrin tersebut juga memaparkan ucapan Prayuth dipenuhi dengan emoji ‘marah’ manakala Muhyiddin pula mendapat tanda ‘like’ dan ‘love’.

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakyat Malysia juga turut menyukai Perdana Menteri 8 ini dan mendoakan agar beliau kuat dalam melindungi negara Malaysia sehingga semuanya pulih. – BorakDaily




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram