Penyokong PH lancar tabung bantuan bantu pelajar gugur anak dalam kandungan



Mengejutkan. Apakah yang sudah terjadi dengan rakyat Malaysia? Adakah negara yang majoriti orang Islam sedikit demi sedikit kini didiami oleh rakyat yang semakin tidak mengenal Agama?

Semalam kecoh di laman media sosial twitter seorang wanita membuat satu crowdfunding atau meminta sumbangan dari orang ramai.

Kebiasaannya apabila sesuatu crowdfunding dilakukan ia adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan seperti yang berlaku sekarang, tabung bantuan bagi mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Namun kali ini crowdfunding yang dilakukan oleh wanita tersebut adalah untuk membantu seorang pelajar perempuan berumur 21 tahun untuk menggugurkan kandugan di dalam perut.


Loading...

“URGENT: I'm helping a woman facing an unplanned pregnancy in Pahang during this MCO. She is a 21 year old student and will need RM3k to cover travel, consultation, medical procedures, meds and after-care. Please DM if you would like to help, contribute or know more. Thank you” – @khaleesinadya

Terjemahan:URGENT: Saya membantu seorang wanita yang menghadapi kehamilan yang tidak dirancang di Pahang semasa PKP ini. Dia adalah pelajar berusia 21 tahun dan memerlukan RM3k untuk perjalanan, perundingan, prosedur perubatan, ubat-ubatan dan rawatan selepas rawatan. Sila DM sekiranya anda ingin membantu, menyumbang atau mengetahui lebih lanjut. Terima kasih” – @khaleesinadya

Hantaran itu bagaimanapun telah dipadam setelah @khaleesinadya mendapati ia menjadi semakin viral kononnya demi untuk menjaga keselamatan wanita mahu menggugurkan anak tersebut.

@khaleesinadya juga memaklumkan crowdfunding yang dilakukan itu telah mencapai target yang diminta sebanyak RM3,000 dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang.


Loading...

Penamatan sesuatu kehamilan (terminations of pregnancy) tanpa mengikut indikasi perubatan adalah bercanggah dengan Kod Etika Amalan Profesional (Code of Professional Conduct) oleh Pertubuhan Perubatan Malaysia (MalaysianMedical Council).

Mereka yang melakukan keguguran tersebut jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga ke 7 tahun dan didenda.

Seksyen 312 Kanun Keseksaan (Akta 574) telah menetapkan perbuatan menyebabkan seseorang perempuan yang hamil gugur sebagai satu kesalahan jenayah. Seksyen 312 ini memperuntukkan:

Barangsiapa dengan sengaja menyebabkan seorang perempuan yang hamil gugur hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya; dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Difahamkan @khaleesinadya merupakan seorang aktivis transgender yang aktif di sekitar Kuala Lumpur.

Melalui carian di internet beliau dilihat cenderung kepada Pakatan Harapan (PH). Beliau juga mengutuk keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahap (PKP) berlangsung.

Kali terakhir hantaran yang dibuat oleh @khaleesinadya, beliau berjanji akan mengemaskini status pelajar perempuan tersebut kepada penyumbang setelah pengguguran berjaya dilakukan.

Walaubagaimanapun setelah diperiksa, akaun twitter @khaleesinadya tidak dapat diakses. Tidak diketahui samada pengguguran tersebut telah dilakukan dan tidak diketahui samada aktiviti jenayah ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa atau belum. – Cinca?





Loading...





Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram