Vivy dikecam lagi, beg dUCk buruk kualiti pasar malam



Vivy Yusof antara figura yang dipuji kaum wanita. Berbekalkan wajah yang cantik, penampilan yang bersahaja menjadi perhatian ramai sehingga digelar ikon fesyen bagi wanita berhijab.

Bukan setakat itu sahaja, Vivy juga merupakan seorang usahawan yang berjaya melalui dua rangkaian jenama yang diciptanya, iaitu Fashion Valet dan juga dUCk.

Bukan kaleng-kaleng, atas usaha gigi wanita ini telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada majalah Forbes yang menyenaraikannya sebagai 30 usahawan hebat di Asia berumur bawah 30 tahun.

Loading...

Walau bagaimanapun langit tidak selalu cerah. Dalam perniagaan sudah pasti ada cabaran tersendiri. Mengekalkan identiti dan juga kualiti antara perkara yang selalu menjadi igauan buat mereka.

Beberapa hari lepas, nama Vivy yang juga Ahli Lembaga Pengarah UiTM itu sekali lagi menjadi bualan hangat di laman Twitter. Kali ini peminat jenama dUCk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti jenama berkenaan.

dUCk ada mengeluarkan satu produk bag yang diberi nama dUCk Mariam Bag. Namun seorang penggunanya berasa tidak berpuas hati dengan produk yang diterima. Sebelum itu dia sudah pun membeli sebuah bag tersebut.

Loading...

Dan kemudiannya sekali lagi membeli dengan warna yang lain. Kedua-dua bag kelihatan sangat berbeza dan jauh dari sudut warna beserta kualiti. Tona warna antara kulit luar dan lining kat dalam sangat ketara.

Melihat kepada reaksi pengguna Twitter yang lain, mereka juga meluahkan rasa hampa terhadap jenama berkenaan. Sebelum ini jangkaan mereka sangat tinggi dengan produk dikeluarkan oleh Vivy.

Tetapi bila kejadian ini berlaku, seolah-olah mereka membeli barangan di pasar malam atau pun dijual di uptown sahaja. Ianya suatu pembaziran kerana berbelanja mahal dan hanya menerima kualiti tidak setimpal.



Rata-rata merasa tertipu dan kesal dengan sikap usahawan yang mengambil kesempatan ke atas pelanggan.



Sehingga kini Vivy masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan kualiti produk keluarannya itu. Mungkin ianya satu trend atau fesyen yang mungkin kita terlepas pandang.

Sebelum ini beliau beberapa kali dikecam kerana menghina dan mempertikai bantuan yang diberikan kepada golongan B40 sehingga ada petisyen yang menuntut beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Vivy juga dikecam kerana menjual stapler dari China yang berkualiti rendah dengan harga yang melampau. – KakiShare/Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:










Join our Telegram Channel
Telegram