Tanggal 9 Mei 2018 negara menyaksikan perubahan bersejarah tampuk kekuasaan negara apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan parti pemerintah BN yang berkuasa lebih 60 tahun.
Tidak sampai dua tahun kemudian, kerajaan PH pimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad runtuh pada hujung Februari lalu, berganti pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Walaupun kini PH kembali menjadi pembangkang, manakala BN pula berkuasa semula melalui gabungan parti pemerintah, namun pelakon Sharifah Amani tetap berkicau di Twitter mengenang tarikh pilihan raya umum 14 yang disifatkannya sebagai kemenangan rakyat.
"Ia masih hari kita! Kita telah membuat sejarah selepas 61 tahun pada hari itu. Saya tetap percaya bahawa rakyat yang berkuasa.
Loading...
"Semoga mandat rakyat dikembalikan kepada kita.
"Selamat hari rakyat semua," katanya yang terkenal melalui lakonan dalam filem Sepet dan Gubra arahan Yasmin Ahmad.
Ciapan Sharifah dibalas sarjana sastera dan penulis Faisal Tehrani, berkata: "Ya! Seniman waras seniman bersikap!"
Netizen pula rata-rata tidak bersetuju dan mual dengan ciapan Sharifah.
"Allah yang berkuasa, bukan rakyat atau manusia. Dia memberi kuasa pada sesiapa Dia kehendaki dan menarik kuasa dari sesiapa Dia kehendaki." – @shahidshahizam
"nak muntah plk bca tweet ni... – @syalieya
"Ahha...selamat menyambut hari BODOH Malaysia....selamat hari kencing...." – @bainglagoo
Loading...
"Diri Sendiri letak jawatan lepastu diri sendiri tawarkan jadi PM8..mandat xmandat..manisfesto pun xtunaikan mandat rakyat..sembang kencang..phuiiii..syukur PH tumbang" – @SyafiqBaharin2
"Stupid forever - Who resign as PM and make all these mess?" – @YayaMasumi
Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.
Bersatu kini terpecah kepada dua kem, penyokong Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen namakan 9 Mei Hari Bodoh Se-Malaysia
It’s still our day! We still made history after 61 years on this day. Saya tetap percaya bahawa Rakyat yang berkuasa. Semoga mandat rakyat dikembalikan kepada kita. #SelamatHariRakyat semua ❤️ pic.twitter.com/JtYFkfo7kh— Sharifah Amani (@sharifahamani) May 9, 2020
Join our Telegram Channel