Lelaki dedah Datuk Bandar KL lantikan Khalid Samad beri tender kepada syarikat tidak layak



Kuala Lumpur – Seorang lelaki menzahirkan rasa berang dengan sikap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang disifatkan sebagai menyalahgunakan kuasa

Khairul Amri Hamidi melalui laman Facebook mendakwa, Noor Hisyam telah meluluskan tender kepada Jitu Harta Sdn Bhd sedangkan permohonan tender syarikat tersebut telak ditolak diperingkat awal.

“Datuk Bandar KL, Noor Hisham Dahlan punya perangai huduh macam muka dia juga. Tangguh Mesyuarat Lembaga Tender sehingga tiga kali (kerana) nak ‘adjust’ bagi kepada syarikat yang dia setting. Dia punya suwey perangai dari start Khir Toyo bg Anugerah Penyapu sampai ke hari ini. Tahniah Datuk Bandar KL, fuck you! Syarikat tak masuk shortlisted (pun) berjaya. Kau pelacur kuasa & amanah,” luahnya sebentar tadi.


Loading...

Khairul turut memuatnaik 2 keping dokumen bagi menguatkan dakwaannya itu.

SuaraTV masih mencuba untuk menghubungi Noor Hisyam bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini.

Sementara itu aktivis politik, Mohd Rafi Awang Kechik turut membangkitkan isu yang sama sambil mempersoalkan hubungan Noor Hisyam dengan syarikat terbabit.



“Apa Datuk Bandar Kuala Lumpur nak jawab ni? Mengapa dia pilih syarikat yang tidak masuk pun dalam senarai short listed utk menang Tender.



“Kenapa syarikat ini yang dia pilih? Apa hubungan Datuk Bandar KL dengan syarikat ini? Dia juga dituduh telah postpone Tender Board Meeting sebanyak 3 kali utk adjust diberikan kepada syarikat tertentu.

“Dia dituduh sebagai pelacur kuasa dan amanah dan betullah tuduhan ini kalau begini gaya DB KL,” jelasnya pula.

Rafi turut mendakwa sikap ‘pilih kasih’ Noor Hisyam yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya itu telah menyebabkan ramai kontraktor bumiputera merungut.


Loading...

Beliau turut mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akan dakwaan tersebut.

“SPRM wajah Datuk Bandar yang menerima hadiah penyapu dari Khir Toyo semakin terdedah.

“Ramai kontraktor Melayu merungut dengan kesombongan DBKL ini. Mohon siasat apa hubungan syarikat Jitu Harta Sdn Bhd dengan Datuk Bandar ini yang telah diberikan kontrak oleh DBKL.

“Datuk Bandar ini peninggalan PH dan dipersetujui oleh Khalid Samad,” bidasnya lagi. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM terima laporan salah guna kuasa Datuk Bandar KL

Pendedahan Datuk Bandar KL beri tender kepada syarikat tidak shorlisted / tidak layak.

Nor Hisham pernah menerima anugerah penyapu dari Dr Khir Toyo ketika menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. 

Majlis Penyerahan Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur ke 12 pada 2 Oktober 2018.

Mesra.




Join our Telegram Channel
Telegram