Tiada lagi alasan bagi sesiapa untuk memandu dalam keadaan mabuk dalam era e-hailing ini.
Jika mahu minum minuman beralkohol, gunakanlah khidmat e-hailing atau suruh kawan yang tak minum untuk memandu.
Sudah sampai masa untuk Malaysia memperketatkan dan memperberatkan hukuman kesalahan ini.
Loading...
Kita ikut sahaja dasar toleransi alkohol sifar semasa memandu negara China.
Tiada siapa yang akan membantah atau mengadu jika kita ikut hukuman yang sudah dilaksanakan di negara China sejak 10 tahun lalu, iaitu:
1. BAC antara 0% hingga 0.08%:
Denda RM2,000 dan lesen memandu digantung secara mandatori selama 6 bulan.
Loading...
(Di bawah undang-undang Malaysia masa ini, memandu semasa BAC di bawah paras 0.08% bukan satu kesalahan)
2. BAC melebihi paras 0.08%
Penjara mandatori sehingga 3 tahun dan lesen memandu digantung 5 tahun.
3. Individu yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian akan dihukum sebagai kesalahan jenayah membunuh di bawah kanun kesesakan sedia ada. – Najib Razak
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dirempuh pemandu mabuk polis maut kepala dihempap kereta
- Nukilan Ketua JSJ Selangor isu kematian Koperal Safwan membuatkan pembaca sebak
Join our Telegram Channel