
Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut serentak pada hari Ahad, 24 Mei 2020 diseluruh negeri dalam Malaysia, semalam.
Namun, tahukah anda pada tahun 1983, negeri Perak dan Johor pernah menyambut hari raya Aidilfitri sehari awal berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?
Kejadian ini terjadi ketika pemerintahan Sultan Idris Shah, dimana ketika itu sekumpulan nelayan yang baru pulang daripada laut ternampak anak bulan dan berita itu tersebar meluas keseluruh negeri.
Loading...
Berita itu juga disahkan oleh pihak marin yang bertugas dilaut, dan seterusnya sampai ke pengetahuan mufti dan dimaklumkan kepada Tuanku Sultan.
Selepas Tuanku Sultan mengetahui akan berita itu, baginda terus menitahkan agar semua jentera kerajaan memaklumkan kepada rakyat jelata akan pengumuman hari raya.
Ada tempat yang menerima berita ini awal dan ada juga yang menerimanya tengah malam dan awal pagi.
Loading...
Sepantas kilatlah bangun dan bersiap untuk sambut raya!
Disebabkan Perak dan Johor menyambut Syawal sehari awal, ada penduduk di sempadan negeri ini berbalah kerana orang Perak sudah raya, tetapi orang Selangor masih lagi berpuasa.
Sehubungan itu, pengumuman Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di televisyen dan radio bagi mengelak sebarang kekeliruan. – FMT
Join our Telegram Channel