![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioFTbyW9L5461fJ_tKk0v6_65qiouWRVGa4G9jklUjQkm0aoTIXwfhiADG5JJOt4l-MpsDo1PKlQd_lclSf0SwsNG6DIX4zeONX8W98Y70OikeZuj23UuOSyInE7Nn2LzMF4rorZB5PK4A/s640/pasar-borong-batu-berendam.webp)
MAJLIS Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menafikan video tular di laman sosial, yang memperlihatkan kesesakan pelanggan di Pasar Borong Batu Berendam, berlaku pada hari ini.
Menurut kenyataan MPHTJ di laman Facebook rasminya, video yang tular itu adalah rakaman semasa peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Loading...
Kenyataan itu menyebut masyarakat perlu mematuhi peraturan berikutan pasar berbangunan itu antara aktiviti yang disenaraikan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara sebagai dilarang mempunyai bilangan pelanggan terlalu ramai pada satu-satu masa.
"Ini kerana sukar untuk mengawal keadaan, iaitu apabila terdapat ramai orang pada satu-satu masa, seterusnya membawa kemungkinan terdedah kepada titisan pernafasan selain sukar untuk mengawal perlakuan.
Loading...
"Kemungkinan berlaku kontak rapat dalam masa yang panjang juga tidak dapat dielak sekiranya berada dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama," katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 23 saat di Facebook dan WhatsApp menunjukkan Pasar Borong Batu Berendam dipenuhi orang ramai membeli barang keperluan harian yang tidak mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – Hmetro
Please subscribe
Join our Telegram Channel