KEBAL SANGATKAH GOPAL SRI RAM?
Ada sebab kenapa pendedahan TS Apandi Ali bukan lagi kejutan. PH dan Tun M telah pun dihukum oleh rakyat. Kekejian mereka dibalas apabila mereka jatuh tergolek dengan mudah.
Tetapi apa yang mengejutkan ialah, bagaimana Gopal Sri Ram boleh mempengaruhi agensi penguatkuasa untuk mengatur penangkapan Najib?
Gopal beritahu Apandi...”Mahathir mahu kamu tangkap Najib di pejabatnya. Kami telah atur polis dan majistret untuk perintah reman”.
Berapa bayaran yang Gopal Sri Ram terima dari Mahathir. Takkan percuma? Memang luar biasa Gopal Sri Ram ni apabila berani jumpa Apandi Ali membawa arahan Mahathir.
Loading...
Gopal Sri Ram mesti disiasat segera. Dia bukannya kebal. Dia hanya besar kepala semasa PH memerintah. Ada beberapa isu berkaitan untuk diteliti.
1. Kenapa Gopal Sri Ram mendiamkan diri terhadap pendedahan itu?
2. Dalam mesyuarat Kabinet semasa PH memerintah, Tun M sentiasa menyatakan kekecewaannya kerana Tommy Thomas gagal memenjarakan Najib dengan segera.
3. Sebab itu Gopal Sri Ram di minta menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib.
4. TS Muhyiddin pernah mengaku dalam mesyuarat MKT UMNO bahawa memang wujud konspirasi untuk jatuhkan Najib. Konspirasi itu real. Cuma dia menafikan dirinya terlibat.
Loading...
5. Video pengakuan Muhyiddin itu telah viral.
6. Video perbualan Rosmah dan TS Dzulkifli (ex SPRM) yang dibocorkan oleh Lateefa Koya, mendedahkan TS Dzul macam nak menangis kerana Najib akan didakwa.
7. Bagaimana Tun M boleh menembusi agensi penguatkuasa ketika itu? Apakah ia tidak akan berulang lagi?
Justeru, saya setuju seranan TS Dzulkifli (Ex SPRM) supaya Peguam Negara mengkaji semula kes yang melibatkan Gopal Sri Ram.
Dia juga mesti disiasat secara maksimum. Pertemuan dan perbualan di rumah TS Apandi Ali itu telah dirakam. Bukti sudah siap.
– Dr Puad Zarkashi
ARTIKEL BERKAITAN:
- Terdedah: Dr M arah Gopal Sri Ram pujuk Apandi Ali tangkap Najib
- Pendedahan Apandi: Gopal Sri Ram hanya mampu kata 'no comment'
- Apandi: Ini adalah pendedahan pertama, banyak lagi cerita lain
- Najib, Apandi mahu Sri Ram digugur sebagai Ketua Pendakwa Raya
- Sri Ram beritahu wang dalam akaun sudah cukup untuk dakwa Najib, kata Apandi
Join our Telegram Channel