PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama 5 pemimpin PPBM lain yang “terhenti” keahlian memfailkan tuntutan untuk membatalkan pemberhentian itu.
Mereka menamakan Presiden Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Hamzah Zainuddin, Setiausaha Kerja Muhammad Suhaimi Yahya, dan Pendaftar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan dalam tindakan sivil itu.
Loading...
Peguam Haniff Khatri Abdullah yang mewakili mereka berkata penyata tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Mereka berhujah keputusan untuk memberhentikan keahlian mereka bukan keputusan sah mana-mana pihak sah yang diberikan kuasa oleh parti menurut perlembagaanya. – FMT
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr M: Saya rela disingkir dari Bersatu
- Lucut keahlian kasta dewa sokong pembangkang – Wan Saiful
- Marzuki sanggah Mahathir Bersatu bukan lagi dalam PH
- Bersatu pecat Mahathir, Mukhriz, Saddiq, Maszlee, Amiruddin
- Selepas Suhaimi pecat Mahathir, Marzuki pula pecat Suhaimi
- Mereka secara automatik gugur sebagai ahli – Lembaga Disiplin
- Bukan pecat, keahlian Dr M terhenti – Hamzah
Join our Telegram Channel