Anwar: Jangan bergantung kepada dahan rapuh yang menikam kita



Media Sosial, 5 Julai: Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim menggesa parti komponen Pakatan Harapan supaya memperkukuhkan kerjasama tanpa perlu bergantung kepada ‘dahan yang rapuh yang kemudian akan menik@m kita’.

“Jangan seolah-olah kita ini terdesak terpaksa bergantung kepada dahan yang rapuh, yang kemudian akan menik@m kita, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

“Letak jawatan ikut sesuka hati, tanpa rujukkan kepada sesiapa, kucar-kacir kita, langgar prinsip, manifesto dan lain-lain.” – Anwar Ibrahim.

Walaupun tidak menyebut nama, tetapi beliau dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan pada Februari lepas sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Loading...

“Kalau kita mahu mula, maka kita perkukuhkan Pakatan Harapan, DAP, Amanah dan Keadilan itu serangkai keluarga yang harus mantap dan kuat. Kita bersama dulu dengan satu agenda yang jelas, berjuang puluhan tahun” – Anwar Ibrahim.

Pada 19 Jun lepas, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kekal mahukan Pakatan Harapan (PH) supaya memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan.

Dalam kenyataan bersama AMANAH dan DAP, kedua-dua parti itu berkata Anwar hanya dijangka mampu mendapat sokongan maksimum 96 Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri, sementara usaha Presiden PKR itu untuk menarik sokongan dari Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya selepas tempoh dipersetujui tamat.

Manakala Parti Keadilan Rakyat pula kekal mencalonkan Dato Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Loading...

Disebalik percanggahan calon PM pakatan Harapan, Perikatan Nasional pula pada minggu lepas sebulat suara memilih Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai calon PM untuk PRU ke 15 yang dikatakan akan dilangsungkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Sebelum ini pada 2017, Dato Seri Anwar mempertahankan kerjasama dengan Dr Mahathir dan menyifatkan keperitan peribadi beliau sebagai luka kecil.

Secara peribadi saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama. Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani.

“Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat. Struktur HARAPAN tidak boleh disamakan dengan BN. HARAPAN adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti.” – Anwar Ibrahim

– Buletin TTKM


Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram