PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun dan bekas menteri Azalina Othman Said masing-masing dicalonkan sebagai pengganti Speaker Dewan Rakyat, Ariff Yusoff dan timbalannya, Nga Kor Ming dalam satu suatu usul.
Aturan urusan mesyuarat yang menyenaraikan perbahasan dan usul sidang Dewan Rakyat akan datang yang akan mula bersidang pada 13 Julai ini termasuk usul Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang mahu menyingkir Ariff dan Nga.
Loading...
“Aturan urusan mesyuarat seharusnya sudah keluar sekarang. Ya, memang ada usul itu,” kata Ariff kepada FMT, yang membenarkan usul itu dibentangkan.
“Saya ikut peraturan.”
Ariff dan Nga dilantik semasa pentadbiran Pakatan Harapan. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN: Ariff, Kor Ming disingkir dari kerusi Speaker, Timbalan
Join our Telegram Channel