PETALING JAYA: Lima individu termasuk seorang warga Bangladesh dituduh di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan yang kemudian ditemui mati.
Azahari Shahrom Shaihmi, 56; Kasi Nasrul, 42, dari Bangladesh; Mohd Durai Abdullah, 52; Sheikh Ismail Sheikh Hassan, 26; dan N Vikneswarar, 28, dituduh bawah Akta Colek yang membawa memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amor Abdul Hamid melakukan pendakwaan, manakala 5 individu terbabit tidak diwakili peguam.
Loading...
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Kejiranan Central Spine, Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara pada 10.30 pagi 19 Jun.
Individu ke-6, K Ramachandran dituduh bersubahat.
Ramachandran, 52, yang bergelar “Datuk”, diwakili R Sivaraj.
Tiada pengakuan salah dicatatkan.
Loading...
Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menetapkan pengurusan kes pada 27 Ogos. Tiada ikat jamin diberi pada 6 orang itu.
Mangsa, R Arumugam, dilaporkan diculik semasa bersenam di sebuah taman permainan. Arumugam, 55, bergelar “Datuk Seri”.
Mayatnya ditemui pada 27 Jun.
Wang tebusan RM550 juta dituntut daripada keluarga mangsa tetapi tiada bayaran dibuat. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN: Dalang culik bunuh Datuk Seri adalah pemimpin PKR? – Chegubard
Mangsa, Datuk Seri R Arumugam. |
Loading...
Loading...
Join our Telegram Channel