Dr Farouk Musa disiasat cabul doktor pelatih lelaki



Selepas berlegar di laman sosial dan pelbagai aduan dibuat hari ini pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap aktivis terkemuka pro PH, Dato' Dr. Ahmad Farouk Musa Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) berhubung dakwaan mencabul seorang doktor pelatih pada November tahun lalu.

Islamic Renaissance Front adalah NGO liberal dan sekular ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED) yang mendapat dana tahunan USD 50,000 hingga USD 70,000 sejak 2014.

Antara pendirian kontroversi IRF itu ialah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Hazman Baharom seorang aktivis IRF yang sentiasa bersama Dr. Ahmad Farouk Musa baru-baru ini mengumumkan menarik dari daripada IRF selagi mana ia dipimpin oleh Ahmad Farouk.


Loading...

“…baru-baru ini terdapat tuduhan gangguan seksual yang telah dilakukan oleh Pengarah IRF, Dr Ahmad Farouk.

“Felo-felo serta staf IRF telah menyuarakan hal ini secara dalaman, namun beliau dilihat seakan-seakan tidak mengambil tanggungjawab secukupnya, sepertimana sepatutnya.

“Kelakuan sebegini merupakan percanggahan nyata terhadap prinsip yang dipegang IRF sekian lama, umpamanya akauntabiliti dan kebertanggungjawaban.

“IRF juga melalui semua program, penerbitan, dan advokasinya memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan, serta pembelaan kaum tertindas.” katanya


Loading...

Sumber polis mengesahkan siasatan masih dijalankan tetapi setakat ini tidak mendedahkan butiran lanjut seksyen digunakan, saksi terlibat dan peringkat semasa siasatan.

“Kes dalam siasatan dan akan lengkapkan siasatan.

“Kes akan dimajukan kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya,” menurut pegawai itu

Berdasarkan laporan polis pengadu pada 17 Februari - kira-kira empat bulan selepas masa kejadian didakwa berlaku – Dr Farouk Musa dituduh meraba, mencium, dan memeluk mangsa pada hari pertama dia melapor diri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pengakuan aktivis IRF Hazman Baharom tentang gangguan seksual oleh Dr Ahmad Farouk Musa.

Pengadu lelaki 27 tahun

Pengadu, yang merupakan lelaki berusia 27 tahun ketika kejadian, mendakwa dia dicabul selepas lelaki itu memeluknya setelah mendengar kisah masalah kewangannya ketika belajar di luar negara.

Bagaimanapun, dakwanya, tidak berapa lama kemudian tokoh itu mula bertindak melebihi batas.

“Dia mula mencium tengkuk dan pipi saya,” menurut laporan itu.

Trauma empat bulan

Pengadu trauma dan hanya membuat laporan polis. Pengadu, yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia juga bimbang kerjaya perubatannya terganggu susulan pengaruh tokoh NGO itu.

“Pertama sebab saya tak berani. Beliau merupakan orang yang berpengaruh dalam dunia aktivis.

“Kedua saya ambil masa lama untuk hilangkan rasa takut dan trauma. Saya sering salahkan diri, apa yang saya buat salah. Saya tak berani cerita dekat keluarga dan tunang saya. Saya juga takut kalau tersalah langkah,” katanya.


Loading...

“Saya beranikan diri sebab bila tengok dia mula bagi kenyataan, bercakap macam pembela Islam dan keadilan, saya jadi macam nak muntah meluat.

Pengadu mahu Dr Farouk meletak jawatan namun beliau bertegas mahu kekal sebagai pengarah dan mengugut akan memecat semua ahli Lembaga pengarahnya. Aduan ini nampaknya ada kaitan bagi usaha menyingkirkan Dr Farouk.

“Kami percaya selagi beliau berada, NGO akan terus menjadi wadah jerangkap yang membahayakan. Kami tidak rela usaha murni NGO dicemari oleh perbuatan peribadi beliau yang jelas tidak menggambarkan cita dan hasrat NGO yang sebenar-benarnya.”kata seorang ahli IRF.

 Beberapa netizen berkata tidak menyangka Pengarah NGO islamik ini adalah seroang Gay sehingga sanggup mencabul Doktor pelatih. – Sabahkini2

NGO IRF diketuai oleh Dr Ahmad Faourk Musa disenaraikan menerima peruntukan dana dari NED.

Dr Ahmad Farouk Musa kini berkerusi roda.

Dr Ahmad Farouk Musa dan IRF berjuang untuk menghapuskan undang-undang syariah melalui pindaan perlembagaan.

Loading...

Dr Ahmad Farouk Musa bersama Hannah Yeoh yang pernah didakwa cuba menyebarkan ajaran Kristian menerusi bukunya bertajuk “Becoming Hannah: A Personal Journey” yang diterbitkan pada 2014.

Dr Ahmad Farouk Musa bersama pengasas Bersih Maria Chin.

Dr Ahmad Farouk Musa bersama Ambiga Sreenevasan peguam kepada Lina Joy yang mahu murtad dan Siti Kasim aktivis LGBT Seksualiti Merdeka.

Loading...


Dr Ahmad Farouk Musa bersama sahabat baiknya Abdar Rahman Koya, Editor portal Free Malaysia Today (FMT) yang juga merupakan adik kepada Latheefa Beebi Koya bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dr Ahmad Farouk Musa bersama Duta Iran Marziyeh Afkham di keduataan Iran-KL.



Join our Telegram Channel
Telegram