KUALA LUMPUR: Tidak ada mana-mana ahli parlimen yang berhak mendapat layanan istimewa ketika sesi perbahasan dalam Dewan Rakyat biar pun pernah menabur jasa kepada negara.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan semua ahli parlimen perlu bersedia untuk dikritik ketika sesi perbahasan.
Beliau menjelaskan jika terdapat mana-mana ahli parlimen yang tidak mahu diserang ketika perbahasan, jalan terbaik dalam meletak jawatan.
"Kita kena ingat, walaupun kita orang besar ke atau orang berjasa ke tetapi kalau kita bersetuju untuk masuk dalam gelanggang, macam pepatah Melayu yang berbunyi, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
Loading...
"Jadi tidak ada dua peraturan dalam dewan, semuanya akan dilayan serupa sahaja, kalau bangun berucap dan kena lanyak berterusan, itu kena terima sebab tidak ada siapa paksa dia jadi ahli parlimen," katanya kepada Astro AWANI. baru-baru ini.
Beliau mengulas pandangan setengah pihak yang mempertikai layanan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membahaskan usul pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin.
Nazri menjelaskan pihak-pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan perlu faham bahawa ahli parlimen Langkawi itu tidak boleh mengharapkan layanan istimewa hanya kerana beliau bekas perdana menteri.
"Beliau menawarkan diri untuk menjadi calon di Langkawi dan bila tidak lagi menjadi perdana menteri, jadi ahli parlimen biasa macam saya, kena terima lah.
"Tidak boleh mengharapkan satu layanan yang lebih baik kerana dia bekas perdana menteri, eh tak ada tu, masuk dalam gelanggang kena sedialah.
Loading...
"Janganlah kata orang ini kurang ajar kerana tidak ada dua peraturan untuk ahli-ahli parlimen, semua sama sahaja, tidak ada satu peraturan untuk kita, satu peraturan untuk Tun, tidak boleh.
"Kalau tidak mahu dilayan sedemikian, jalan terhormat dia perlu undur diri," katanya.
Nazri menjelaskan, Dr Mahathir tidak boleh mengharapkan ahli-ahli parlimen UMNO akan berdiam diri sekiranya bekas perdana menteri itu memberi gambaran buruk kepada parti itu ketika sesi perbahasan.
"Kalau beliau menyerang kita macam kata UMNO jijik, saya tak boleh terima sebab UMNO jijik itulah yang telah menjadikan beliau sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
"Kalau ada mana-mana ahli parlimen itu yang beliau marah, sebutlah, ahli parlimen Padang Rengas ke, sebutlah tapi jangan sebut UMNO," katanya lagi.
Nazri juga berkata, tindakan Dr Mahathir melabelkan UMNO jijik menyebabkan ahli-ahli parti yang berada di kampung juga terguris. – AstroAwani
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Parlimen kecoh usul tukar speaker dikemuka
- [Video] Akhirnya speaker PH berjaya dijatuhkan dengan 111 undi
- [Video] Teruk Maszlee kena balun dengan Azeez Rahim, Redzuan dalam perlimen isu aplikasi MySejahtera
- [Video] Dewan Rakyat kecoh Khalid Samad dihalau speaker baharu
- [Video] Dewan Rakyat kecoh Kasthuri Patto tak suka perkataan 'gelap, pakai bedak'
- [Video] Dr M terkedu terduduk kena sekolah secara berjemaah dalam Dewan Rakyat
- [Video] Terdiam Anwar bila Muhyiddin jawab mengapa pakej rangsangan ekonomi tak dibahas
- [Video] Tempat duduk dia yang gelap – Azeez Rahim
- [Video] Persidangan Dewan Rakyat 14 Julai 2020 l Sesi Pagi
- [Video] Persidangan Dewan Rakyat 14 Julai 2020 l Sesi Petang
- [Video] Dewan gamat bila Ahmad Maslan tegaskan PN kerajaan pintu istana, bukan pintu belakang
- [Video] TH: Ahmad Maslan bongkar, Shahidan gesa heret Mujahid ke mahkamah
- [Video] Ahmad Maslan tarik balik perkataan 'gelap'
- [Video] Anwar sahkan ada pengkhianat calonkan Dr M punca beliau tak jadi PM
- [Video] Persidangan Dewan Rakyat 15 Julai 2020 l Sesi Pagi
- [Video] Dewan kecoh bila Ahmad Maslan dedah aset Tabung Haji dilelong PH
- [Video] Jadi pembangkang baru nampak cerdik, Azeez sindir Maszlee
- [Video] Persidangan Dewan Rakyat 15 Julai 2020 l Sesi Petang
Join our Telegram Channel