KOTA BHARU: Kira-kira 200 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan mengumumkan keluar parti pada hari ini, diketuai bekas timbalan pengerusinya, Sazmi Miah, yang dipecat daripada parti itu, Sabtu lalu.
Sazmi, yang mewakili kumpulan tersebut, berkata tindakan tersebut diambil selepas melihat perjuangan Bersatu telah jauh menyimpang daripada perjuangan asal semasa penubuhannya bagi melawan kerajaan kleptokrasi.
“Kami tidak boleh menerima keputusan membawa keluar Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menubuhkan sebuah gabungan kerajaan baru yang terdiri daripada parti yang kami lawan bermati-matian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya pada sidang media di Kampung Biah, Perol, di sini.
Beliau berkata ahli Bersatu yang keluar pada hari ini termasuk setiausaha Bersatu Kelantan Anuwar Hamzah dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Ketereh Dr Hanafi Ismail.
Beliau turut mendakwa 24,000 daripada 42,000 ahli Bersatu Kelantan akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Dr M umum parti baru
- Adun Jeram, Ahli Majlis Tertinggi PPBM umum keluar parti
- Kadir Jasin umum keluar Bersatu
- Bersatu Klang bubar, ketua bahagian join parti baru Dr M
- Parti Dr M tiada hala tuju – Faizal Azumu
- Bersatu Langkawi bubar, 22 AJK letak jawatan
- Syed Saddiq tolak parti Dr M, bakal tubuh parti baru?
- 8 cawangan PPBM di Hulu Langat bubar, 450 ahli keluar parti
- Pemimpin Bhg Bersatu Shah Alam pula umum keluar parti
- Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar umum keluar parti
- 13 bekas calon PRU14 Bersatu umum keluar parti
- 200 ahli Bersatu Kubang Pasu keluar parti
- 29 pimpinan tertinggi Bersatu Puchong keluar parti
- Pengasas Bersatu Pagoh bersama 1,000 ahli umum keluar parti
- Lima cawangan Bersatu Gopeng keluar parti
Join our Telegram Channel