BN tuntut parti ingin kerjasama jujur dan ikhlas – Zahid



TANJUNG MALIM: Barisan Nasional (BN) mahu mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan mereka agar ikhlas dan bersedia untuk menterjemahkannya dalam semua bentuk kerjasama.

Menurut Pengerusinya yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, parti terbabit juga perlu bersedia untuk mengetepikan perbezaan pendapat, kerana kejujuran dan keikhlasan penting dalam perkongsian politik.


Ini terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini dan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

"Apabila kita bersetuju untuk bersama kita mesti bersetuju sepenuhnya, jangan ada agenda di belakang dan keikhlasan UMNO dan BN ini adalah satu keikhlasan.

"Bahawa apa yang kita lakukan setelah kami mengambil kira, bahawa sesuatu perancangan dan strategi serta tactical moves dari segi politik harus kita buat secara bersama dan saya harap tidak ada agenda masing-masing atau agenda sendiri-sendiri.


"Sama ada oleh kita ataupun oleh mana-mana pihak supaya kita mahu kejayaan akhirnya kita kecapi secara bersama," katanya ketika berucap melancarkan jentera pemuda BN bagi PRK DUN Slim di Felda Residence di Trolak pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga mahu jentera BN dan Muafakat Nasional bekerja keras bagi memastikan calon mereka menang di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Menurutnya, kemenangan di Slim adalah salah satu penanda aras kepada kerjasama mereka untuk menghadapi PRU-15 nanti. – Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram