KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seolah-olah menghina polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi video tular di laman sosial, semalam.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).
Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas 2 laporan polis dibuat di balai polis Travers dan Jalan Tun Razak hari ini.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama.
Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan Mohd Asri yang anggota PDRM tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.
Semalam, 1 klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam sidang media mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Pendedahan berani mati peniaga burger tentang pusat judi akhirnya mengundang padah apabila disiasat polis
- [Video] Patutnya polis terima kasih, bukan siasat saya – Peniaga burger
- Mustahil peniaga burger fitnah – Zahid
- Tak pelik puast judi dapat perlindungan dari pihak berkuasa yang khianat – Zahida
- Bukit Aman siasat dakwaan polis subahat dalam kegiatan judi di Sg Buloh
- SPRM tumpu penguatkuasa lindungi premis judi di Sg Buloh
- Menteri: Tindakan tegas jika anggota polis terbabit lindungi pusat judi
- Penguatkuasa MBSA ditahan SPRM selepas video bongkar isu judi haram di Sg Buloh
- SPRM: Penguatkuasa agensi lain akan ditahan dalam masa terdekat
- Netizen jadi detektif Conan kongsi petunjuk pusat judi mungkin masih beroperasi
- Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan SPRM
- 4 penguatkuasa MBSA direman 7 hari dalam kes lindungi premis haram Sg Buloh
Join our Telegram Channel