JHO LOW KEMBALI JADI MANUSIA
Dua hari lepas, TS Hamid Bador mengesahkan Jho Low ada di Macau. Iaitu sehari selepas Najib dihukum bersalah.
Itu bermakna Jho Low kembali jadi manusia. Sebelum itu Hamid Bador kata dia menyamar jadi beruang. Sebab itu susah nak tangkap.
Tapi bila sudah kembali jadi manusia, susah juga ke nak bawa dia balik ke Malaysia?
Malangnya Pejabat Setiausaha Keselamatan Macau menafikan dakwaan Hamid itu.
Loading...
Bulan Febuari lepas Hamid Bador kata Jho Low ada di Wuhan.
Tidakkah itu memalukan PDRM. Seolah olah inteligen kita tidak cekap atau KPN cakap bohong?
Hamid Bador janji, akhir Disember 2019 Jho Low akan dibawa balik ke Malaysia.
Malangnya sehingga Najib dijatuhkan hukuman, dua saksi utama pihak Pendakwa Jho Low dan Nik Faisal gagal dikemukakan.
Loading...
Sepatutnya dalam kes jenayah bila saksi utama gagal dikemukakan di Mahkamah maka kena buang kes.
Sebab itu menurut TS Shafie, perbicaraan Najib berlangsung berdasarkan “hearsay” kerana Jho Low dan Nik Faisal tidak ada di Mahkamah.
Najib sudah membuat rayuan. Tabah melawan kezaliman ini. Dia tidak mengheret UMNO seperti dakwa KJ. Satu sen pun duit UMNO tidak diminta.
Dalam tekanan, dia tetap membantu UMNO menggunakan platform “Bossku”. Dia tidak minta apa apa. Marilah kita “Mendoakannya”. – Dr Puad Zarkashi
ARTIKEL BERKAITAN:
- Jho Low kini bersembunyi di Macau, kata Hamid
- Jho Low tiada di sini, kata setiausaha keselamatan Macau
- Terima kasih la, dulu kuat lawan PH sampai jadi menteri, Najib sindir KJ
Join our Telegram Channel