Saingan sengit, sekurang-kurangnya tak hilang deposit – Mukhriz


Please subscribe


TANJUNG MALIM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) terpaksa menerima kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam.

Presiden Pejuang, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya berasa puas hati dengan gerak kerja jentera yang berusaha berhadapan dengan pihak lawan yang disifatnya saingan sengit.

“Kami menerima sepenuhnya keputusan tersebut dan mendapat kerjasama baik daripada Pakatan Harapan tetapi kita bukan sebahagiannya.



“Kami juga rasa puas hati bahawa calon kita bergerak sebagai satu jentera hadapi BN walaupun sebagai calon Bebas,

“Walaupun itu bukan target ita, sekurang-kurangnya calon kita tidak hilang deposit,” katanya dengan disertai sorakan penyokong.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan majoriti yang besar apabila calonnya Mohd Zaidi Aziz mengalahkan dua lagi calon bebas dengan majoriti sebanyak 10,945.



Mohd Zaidi mengalahkan Amir Khusyairi yang menggunakan simbol pokok serta Santharasekaran yang menggunakan simbol buku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan yang berlangsung pagi tadi.

Mohd Zaidi mendapat 13,060 undi, manakala Amir Khusyairi mendapat 2,115 undi dan Santharasekaran mendapat 276 undi.

Dengan keputusan itu, BN terus mengekalkan kerusi DUN Slim dan yang pasti tugas dan amanah menanti Mohd Zaidi Aziz sebagai wakil rakyat baru DUN Slim setelah mendapat kepercayaan daripada pengundi dengan majoriti 5 kali ganda lebih banyak daripada kelebihan 2,183 undi yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram