Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman untuk membantu siasatan kes menerima dan mengutip rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.
Perintah reman selama enam hari terhadap tiga lelaki berumur antara 40 dan 43 tahun yang bermula hari ini sehingga Rabu depan (19 Ogos) itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka yang ditahan di ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas hadir memberi keterangan, dibawa ke mahkamah kira-kira 8.30 pagi dengan bergari dan berbaju lokap SPRM berwarna jingga.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Ini menjadikan jumlah lapan pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga yang direman bagi membantu siasatan kes yang sama.
Isu tersebut menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.
Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan tersebut. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Pendedahan berani mati peniaga burger tentang pusat judi akhirnya mengundang padah apabila disiasat polis
- [Video] Patutnya polis terima kasih, bukan siasat saya – Peniaga burger
- Mustahil peniaga burger fitnah – Zahid
- Tak pelik puast judi dapat perlindungan dari pihak berkuasa yang khianat – Zahida
- Bukit Aman siasat dakwaan polis subahat dalam kegiatan judi di Sg Buloh
- SPRM tumpu penguatkuasa lindungi premis judi di Sg Buloh
- Menteri: Tindakan tegas jika anggota polis terbabit lindungi pusat judi
- Penguatkuasa MBSA ditahan SPRM selepas video bongkar isu judi haram di Sg Buloh
- SPRM: Penguatkuasa agensi lain akan ditahan dalam masa terdekat
- Netizen jadi detektif Conan kongsi petunjuk pusat judi mungkin masih beroperasi
- Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan SPRM
- 4 penguatkuasa MBSA direman 7 hari dalam kes lindungi premis haram Sg Buloh
- Hina polis, tentera tak solat, Bukit Aman siasat Asri Janggut
- Operasi bersepadu MBSA umpama balas dendam terhadap pendedahan Asri Janggut
- Kerajaan Selangor zalim, roboh premis peniaga kecil serta-merta, kata Noh Omar
- Penolong pegawai penguatkuasa MBSA direman
- Selepas gerai nasi lemak, MBSA mula robohkan binaan depan rumah pula
- Tentera maafkan Asri Janggut
Join our Telegram Channel