Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman berkata tindakan Shafie Apdal amat tidak bermaruah kerana sanggup memburukkan nama beliau serta keluarga semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN). |
KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua menteri Shafie Apdal berhubung tuduhan beliau dan abang serta ahli keluarganya memperoleh kontrak 100 tahun ke atas tanah milik Yayasan Sabah.
Anifah menyatakan tidak ingin terbabit dengan taktik kempen kotor oleh Shafie terhadap beliau dan keluarganya.
“Saya akan mengambil tindakan undang-undang selepas pilihan raya nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menyatakan tindakan Shafie amat tidak bermaruah kerana sanggup memburukkan nama beliau serta keluarga semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Takut sangat ke dia (Shafie) dengan saya?” soal Anifah.
Katanya, tindakan Shafie itu membuktikan beliau terdesak untuk memenangi PRN Sabah.
“Nampak gayanya Warisan tidak yakin akan pentadbiran mereka sendiri, sampai sanggup menjalankan kempen mencemar nama baik pihak lawan,” katanya.
Anifah berkata, tindakan Shafie itu tidak beretika serta tidak profesional dan menasihati beliau menghentikan politik kotor yang melibatkan keluarga orang lain.
“Saya tidak akan membuang masa ke atas ahli Parlimen Semporna tersebut. Saya akan menangani isu ini selepas pilihan raya.
“Sekarang ini, apa yang penting bagi saya adalah tetap fokus kepada rakyat Sabah,” katanya. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Shafie Sabah pasti tumbang kata MP Kimanis
- TERKINI: Kerajaan Warisan Sabah tumbang
- PKR akan ambil tindakan ke atas Adun sokong Musa Aman
- Polis adakan sekatan di laluan pintu masuk utama Istana Negeri malam ini susulan tumbangnya kerajaan Warisan Sabah
- Shafie menghadap YDP Sabah malam tadi, sidang media 10 pagi hari ini
- Shafie mengadap YDP sekali lagi pagi ini
- TERKINI: Musa Aman tiba Istana Negeri dijangka angkat sumpah
- TERKINI: Shafie umum bubar DUN Sabah
- Kali kedua saya dianiaya, kata Musa Aman
- Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri
- Selepas sejam Musa masih dihalang masuk laluan Istana Negeri
- DUN Sabah rasmi bubar hari ini
- Sokong Musa, PKR pecat ADUN Inanam
- Bersatu mahu tanding 45 dari 73 kerusi di PRN Sabah
- UMNO Sabah kekal bertanding 32 kerusi terdahulu, 13 kerusi baharu
- TYT Sabah didakwa terima rasuah untuk bubar DUN
- Musa, 32 Adun cabar pembubaran DUN Sabah
- Mahkamah putus jawatan Shafie, kerajaan Sabah Haram
- TERKINI: Musa Aman tiada dalam senarai calon BN – Bung
- PRN Sabah: DAP tak berani guna logo sendiri
- TERKINI: Rahman pun tiada dalam senarai 31 calon Bung
- BN tak beri kerusi pada Musa Aman sebab dia tak minta
- PRN Sabah: Bekas wakil rakyat Umno lompat tidak tercalon
- Parti Anifah bertanding 70 daripada 73 kerusi
- Pemimpin PKR tinggalkan dewan ketika Shafie umum calon
- Nik Abduh: PAS akui gagal capai kata sepakat dengan komponen PN di Sabah, semoga menang dan berjaya buat Umno Sabah
- Bekas ketua hakim negara Richard Malanjum sokong Warisan PRN Sabah
- Musa bakal jadi TYT Sabah baharu ganti Tun Juhar
- Adik TYT Sabah calon Warisan di DUN Sungai Sibuga
- Calon Warisan genius, diploma, ijazah, master hanya setahun
- Netizen dedah Shafie Apdal miliki ijazah palsu
- Rafizi tak jadi bersara muncul di PRN Sabah
- Bagi peluang Hajiji ketua menteri, kata Azmin
Join our Telegram Channel