Buat kacau, tunjuk kemaluan, lelaki mati ditetak



SELAIN membuat kacau, seorang pemandu lori turut menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita yang akhirnya menyaksikan dia maut ditetap dipercayai oleh abang wanita tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, Melaka.

Mangsa yang kena tetak itu berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Alor Gajah.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris, mangsa bersama seorang rakannya didakwa sengaja membuat kacau di hadapan sebuah rumah di taman tersebut.

“Mangsa dan rakannya dikatakan telah beredar selepas membuat kacau, namun, datang semula selang beberapa minit dan melakukan perkara sama sambil mengeluarkan kata-kata kesat membuatkan penghuni, seorang wanita menelefon abang kandungnya.

“Tidak lama kemudian, dua orang abang wanita berkenaan pulang menunggu lelaki itu di hadapan rumah tersebut sebelum mangsa bersama rakannya itu kembali semula dan berlaku pertengkaran.

“Si mati juga didakwa bertindak membuka seluar dan menunjuk kemaluan kepada isteri lelaki tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak dengan menggunakan senjata parang.


“Mangsa kemudian melarikan diri dan dikejar oleh kedua-dua abang wanita itu kira-kira 80 meter sebelum salah seorang mereka menetak mangsa beberapa kali pada bahagian badan, manakala rakannya sempat melarikan diri,” katanya seperti yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Mohd. Nor Yhazid berkata, mangsa melarikan diri ke sebuah rumah lain dan penghuni yang mengenalinya memaklumkan kejadian kepada isteri mangsa sebelum dia dibawa ke Hospital Alor Gajah, namun kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 11 malam.

Susulan kejadian itu, sembilan lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – SM



Join our Telegram Channel
Telegram