PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim menolak sokongan
Pejuang, parti baru yang diketuai bekas perdana menteri itu, ketika presiden
PKR itu mendakwa mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Mahathir berkata, ini terbukti dalam sidang media Rabu lalu, di mana Anwar
mendakwa “beliau mendapat sokongan semua orang, kecuali Dr Mahathir” menurut
laporan The Malaysian Insight.
“Pejuang ditolak (daripada menyertai Anwar). (Anwar) kata semua orang sokong
beliau kecuali Dr Mahathir,” lapor portal itu memetik Mahathir sambil menambah
Pejuang tidak lagi boleh menyokong Anwar kerana parti itu ditolak sejak awal.
Rabu lalu, Anwar mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta
meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan
baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.
Tetapi, beliau tidak mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.
Ditanya jika Mahathir dan bekas ahli Parlimen PPBM antara wakil rakyat yang
menyokongnya, Anwar berkata: “Belum. Beliau mungkin memutuskannya kemudian,
tapi ketika ini tidak.”
Susulan itu, Mahathir pada Rabu lalu dilaporkan berkata, beliau akan “tunggu
dan lihat” jika ini ialah satu lagi episod ketua pembangkang itu membuat
dakwaan tidak dapat dibuktikan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
- 42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM, kata Guan Eng
- Umno tak dapat halang wakil rakyatnya sokong Anwar – Zahid
- Istana Negara sahkan Anwar sepatutnya menghadap Agong semalam
- Tajuddin: Bubar parlimen, PRU jalan terbaik, biar rakyat tentukan
- Mesyuarat Kabinet tak bincang pasal Anwar, tidak penting – Tuan Ibrahim
- BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS, STAR kekal bersama Muhyiddin
- Tak mungkin Anwar jadi PM melainkan bubar parlimen, PRU – Annuar Musa
- Zahid beri isyarat supaya PRU diadakan segera, bukan sokong Anwar, kata Isham Jalil
- Senarai ahli parlimen UMNO yang sokong Anwar sebagai PM ke-9
- TERKINI: Senarai barisan kabinet baharu kerajaan Anwar, Zahid Najib tersenarai
- TERKINI: Anwar janji gugur kes Zahid, Najib jika jadi PM-9
- Sebab mengapa sebilangan dalam Umno marah dengan Muhyiddin dan mungkin sokong Anwar
- Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- PAS tuntut penjelasan Umno sokong Anwar langgar piagam MN
- Umno pun ada yang nak tanya PAS
- Kesetiaan pada PM tiada dalam piagam Muafakat Nasional, kata pemimpin BN
- Satu demi satu MP Umno tampil nafi bersama Anwar
- 14 dari 19 MP Umno nafi bersama Anwar
- DAP bantah Anwar bawa Umno diketuai Zahid, Najib – Guan Eng
Join our Telegram Channel