Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor hari ini mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baru.
Hajiji akan dibantu tiga timbalan iaitu Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.
Bung akan memegang portfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, sementara Kitingan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan, manakala Joachim sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.
Turut mengangkat sumpah hari ini ialah Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah Masidi Manjun yang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu.
Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee.
Perikatan Nasional, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersatu di bawah Gabung Rakyat Sabah (GRS) memenangi pilihan raya negeri pada Sabtu dengan memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Selain itu gabungan itu juga mendapat sokongan tiga Adun bebas.
Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi.
Pelantikan Hajiji sebagai ketua menteri dibuat selepas perbicangan yang diadakan semalam dan kelmarin.
Bung sebelum ini merupakan pesaing utama bagi jawatan ketua menteri Sabah.
Dalam GRS, Umno memenangi 14 kerusi Dun manakala Bersatu menang 11 kerusi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid: Ketua menteri GRS mesti dipilih dari Umno
- Shafie belum mengaku kalah, sedang kaji cara bentuk kerajaan Sabah
- TYT minta tempoh putus KM Sabah
- Zahid kecewa PPBM khianat UMNO – Sumber
- Juhar mahu jumpa Shafie sebelum buat keputusan lantik KM Sabah esok
- Warisan tawar Adun PBS wang, jawatan untuk lompat
- Tarik balik sokongan kepada Muhyiddin jika KM Sabah dari PPBM, kata Pemuda Umno
- KM SABAH: PM dapat, MB Perak dapat, takkan PPBM nak bolot semua – Zahid
- Hajiji Noor diisytihar ketua menteri Sabah ke-16
- Pilih Hajiji KM Sabah, Muhyiddin hargai setiakawan Umno
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel