Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, nama Jalan Raja
Laut 1 yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur kini dinamakan sebagai Jalan
Palestin.
Perkara itu dinyatakan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam satu hantaran
Facebook hari ini.
"Proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin telah
mengambil masa yang agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan juga perlu
melalui prosedur yang ditetapkan.
"Pengisytiharan nama Jalan Palestin ini adalah berkuat kuasa mulai 26
September 2020," kata kementerian itu.
Menurut kementerian itu lagi, idea penukaran nama jalan berkenaan tercetus
ketika acara Himpunan Hari Al-Quds sedunia yang berlangsung pada Mei tahun
lalu.
Majlis perasmian pertukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin itu
dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham A Dahlan yang
berlangsung di Menara DBKL, semalam.
Turut menyertai perasmian itu adalah Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid
Abu Ali.
Gambar perasmian jalan tersebut turut dikongsi oleh laman Facebok Viva
Palestina Malaysia.
Join our Telegram Channel