Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong masih tidak sedarkan diri dan sedang
dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu,
kata Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Jaujan Sambakong.
Menurutnya, setakat ini, pelawat belum dibenarkan menziarahi bekas Menteri di
Jabatan Perdana Menteri itu yang juga adalah pengerusi tetap Warisan yang
dilaporkan kritikal (tenat) akibat radang paru-paru.
"Pada awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beliau masih sihat. Namun,
di akhir kempen beliau dilaporkan tidak sihat.
"Setakat ini, pelawat belum dibenarkan menziarahi beliau. Semalam, Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal ingin melawat beliau, tapi belum dibenarkan," katanya yang
dipetik portal Berita Harian Online.
Liew juga adalah pengarah jentera pilihan raya Warisan Plus bagi PRN Sabah
pada Sabtu lalu. Pada PRN itu, Warisan Plus gagal mempertahankan negeri itu
yang ditumbang kepada gabungan Perikatan Nasional, BN dan Gabungan Parti Sabah
(GPS).
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Batu Sapi (Warisan) disahkan koma
Join our Telegram Channel