Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang hadir pada mesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi mengunci mulut dan sekadar menyifatkan pertemuan itu sebagai "mesyuarat bulanan biasa".
Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang dikatakan tiba di ibu Pejabat PKR itu pada 2.00 petang, namun dimaklumkan mesyuarat itu hanya bermula kira-kira pada jam 3 petang.
Bagaimanapun, selepas kira-kira sejam setengah mesyuarat berlangsung, beberapa pemimpin kanan PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat mula beredar dari ibu pejabat PKR.
Anwar juga difahamkan beredar tanpa pengetahuan media yang menunggu di ibu pejabat parti itu, sejak kira-kira jam 5.30 petang.
Bagaimanapun, dalam kenyataan di Facebook, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan "usaha mengembalikan mandat rakyat".
"Mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Presiden Pakatan Harapan petang tadi.
"Pelbagai perkara dibincangkan terkait hal ehwal semasa negara serta usaha mengembalikan mandat rakyat," katanya.
Mohamad yang ditemui media enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan dalam pertemuan hari ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad juga mengunci mulut dari menjawab soalan wartawan.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang ditemui pemberita juga mengambil sikap yang sama dengan enggan mengulas lanjut intipati mesyuarat hari ini dan hanya menyatakan ia perjumpaan bulanan biasa PH.
“Hari ini mesyuarat biasa, mesyuarat bulanan PH. Tak ada apa-apa,” katanya ringkas.
Ini merupakan mesyuarat pertama PH selepas Anwar mengumumkan mempunyai majoriti sokongan daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Anwar sebelum ini berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berkenan untuk menerima menghadap tetapi ditangguhkan kerana baginda mengalami masalah kesihatan.
Sultan Abdullah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lalu, iaitu dua hari sebelum Anwar membuat pengumuman berkenaan.
Dalam kenyataan media berasingan hari ini, Istana Negara memaklumkan baginda kini dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan keracunan makanan serta intervensi selepas dinasihatkan menjalani rawatan susulan di IJN.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rawatan keracunan makanan bermula apabila baginda dimasukkan ke IJN pada malam 21 Sept lalu.
Menurutnya, rawatan intervensi pula dilakukan susulan pengimejan MRI pada 22 Sept menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.
Sementara itu, pemimpin PH lain yang turut hadir dalam mesyuarat petang ini di ibu pejabat PKR ialah Akmal Nasrullah Nasir, Dr. Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Gobind Singh Deo, Senator Husam Musa, Loke Siew Fook, Kulasegaran dan Dr Xavier Jayakumar. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
- 42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM, kata Guan Eng
- Umno tak dapat halang wakil rakyatnya sokong Anwar – Zahid
- Istana Negara sahkan Anwar sepatutnya menghadap Agong semalam
- Tajuddin: Bubar parlimen, PRU jalan terbaik, biar rakyat tentukan
- Mesyuarat Kabinet tak bincang pasal Anwar, tidak penting – Tuan Ibrahim
- BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS, STAR kekal bersama Muhyiddin
- Tak mungkin Anwar jadi PM melainkan bubar parlimen, PRU – Annuar Musa
- Zahid beri isyarat supaya PRU diadakan segera, bukan sokong Anwar, kata Isham Jalil
- Senarai ahli parlimen UMNO yang sokong Anwar sebagai PM ke-9
- TERKINI: Senarai barisan kabinet baharu kerajaan Anwar, Zahid Najib tersenarai
- TERKINI: Anwar janji gugur kes Zahid, Najib jika jadi PM-9
- Sebab mengapa sebilangan dalam Umno marah dengan Muhyiddin dan mungkin sokong Anwar
- Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- PAS tuntut penjelasan Umno sokong Anwar langgar piagam MN
- Umno pun ada yang nak tanya PAS
- Kesetiaan pada PM tiada dalam piagam Muafakat Nasional, kata pemimpin BN
- Satu demi satu MP Umno tampil nafi bersama Anwar
- 14 dari 19 MP Umno nafi bersama Anwar
- DAP bantah Anwar bawa Umno diketuai Zahid, Najib – Guan Eng
- Dr M: Anwar tak mahu sokongan Pejuang
- Kenyataan Zahid ada kebenarannya – Timbalan Presiden Pas
Join our Telegram Channel