Penghina polis dan tentera, Mohammadin Ketapi telah memohon maaf. Beliau
mempertikaikan orang ramai yang hanya membuat kesimpulan selepas melihat
keratan video yang tular itu.
Bekas Menteri kerajaan Pakatan Harapan itu mendakwa keratan video itu telah
diputar belit dan mendesak seluruh rakyat Malaysia untuk melihat video penuh
bagi berlaku adil.
"Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak menghina
anggota keselamatan kita yang bertugas semasa kejadian di Tanduo seperti yang
diputarbelitkan oleh pihak lawan khususnya parti dari Semenanjung."
"Seharusnya video yang ditularkan itu dimainkan sepenuhnya dan bukan hanya
merujuk kepada soal berkenaan semata-mata dan saya mengutuk sekeras-kerasnya
permainan kotor pihak tertentu yang jelas mahu menjatuhkan maruah Parti
Warisan Sabah."
Bagaimanapun tidak lama selepas itu calon parti Warisan Sabah N.61 Dun Segama
itu memadamkan video penuh sekitar 30 min yang sebelum ini dikongsikan di
halaman Facebook beliau.
Netizen menjadi pelik dan hairan tindakan Mohammadin yang mencabar rakyat
Malaysia untuk melihat video penuh namun sebaliknya telah memadamkan video
yang beliau sendiri kongsikan di Facebook beliau.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid: Sudah-sudahlah label parti Malaya, parti Sabah, DAP-PKR tu bukan parti Malaya ke?
- Mohamaddin Ketapi hina tentera berperang dengan ayam, anjing
- Kuda dicukur lambang Warisan keterlaluan, kejam
- Tentera terguris tolak dakwaan serang ayam, anjing dalam konflik Lahad Datu
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Please subscribe
Join our Telegram Channel