KOTA KINABALU: Polis Sabah akan menjalankan siasatan ke atas seorang calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung kenyataan seolah-olah menghina pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Tanduo, Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menegaskan, siasatan tersebut susulan 35 laporan polis yang diterima pihaknya ekoran kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu itu.
“Unit siasatan Bukit Aman akan ambil alih bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 dan 505b Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kita akan melakukan siasatan secara profesional dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya selepas melawat pusat pengundian awal di Mess Pegawai Kanan IPK Sabah, di sini, hari ini.
Mohamaddin dalam video tular di media sosial, ketika berceramah di Kampung Wawasan Lahad Datu mendakwa pertempuran di Tanduo adalah sebagai 'sandiwara'.
Selain itu, Hazani menjelaskan, pihaknya akan memanggil Mohamaddin bagi dirakam percakapan dalam waktu terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid: Sudah-sudahlah label parti Malaya, parti Sabah, DAP-PKR tu bukan parti Malaya ke?
- Mohamaddin Ketapi hina tentera berperang dengan ayam, anjingl
- Kuda dicukur lambang Warisan keterlaluan, kejam
- Tentera terguris tolak dakwaan serang ayam, anjing dalam konflik Lahad Datu
- HINA TENTERA: Mohammadin Ketapi padam video selepas cabar rakyat Malaysia tengok video penuh
- MB Selangor beri RM10,000 kepada persatuan mahasiswa pulang mengundi
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel