Viral di Facebook & Twitter sejak semalam tentang seorang lelaki warga asing yang dikatakan terpaksa berjalan jauh menggunakan tongkat demi untuk meminta bantuan.
Melalui perkongsian Bhenhar, ketika kejadian dia ternampak seorang lelaki dikerumuni ramai kakitangan Lapangan Terbang Lahad Datu. Lelaki itu digambarkan berada dalam keadaan lemah dan apabila ditanya, dia akui kepenatan selepas berjalan jauh.
“Difaham dia dari kampungnya berjalan kaki ke airport ingin meminta bantuan orang ramai. Difaham dia dari kampungnya berjalan kaki ke airport ingin meminta bantuan orang ramai.”
“Rasa sebak mendengar, dia bercerita keadaannya dgn air mata yg berlinangan..Rupanya, pada bulan Mac selepas berlaku kemalangan tu, majikannya tidak mengambil tahu halnya.. hingga laa dia pulang ke kampung tanpa mendapat rawatan sebaiknya.”
“Selama dia di rumah dia menahan sakit dan keadaan kakinya semakin teruk, luka membesar hingga tulang betis kelihatan.. katanya dia pergi hospital utk buat pembedahan (potong kaki) tapi kos yg diperlukan dalam 16k. Kerana itu dia berjalan kaki ke airport kalau-kalau ada yg sudi membantu.”
Bhenhar yang juga bekerja dengan sebuah NGO, Bushra Borneo Resources bersama sahabat yang lain dari Liga Kebajikan Asnaf Lahad Datu terus memberikan bantuan dengan menghantarkan Jaya ke hospital untuk diberikan rawatan. – LobakMerah
Please subscribe
Join our Telegram Channel