Portal The Malay Mail melaporkan Warisan PLUS kehilangan hampir 90% undi
tentera disaat salah seorang calonnya di DUN Segama menimbulkan kontroversi
berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013.
Calon Warisan di DUN Segama ialah Muhammaddin Ketapi yang juga bekas Menteri
Pelancongan semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
Dalam dua video viral di sosial media, Muhammaddin Ketapi dipetik sebagai
berkata, apa yang berlaku di Lahad Datu merupakan satu sandiwara dan jangkitan
covid19 yang naik mendadak wajar dipertikaikan.
Malay Mail melaporkan sebanyak 16,877 anggota tentera dibolehkan mengundi dan
Warisan kehilangan 90% darinya. Ramalan awal mengatakan Warisan berupaya
mendapat 60% undi tentera bagaimanapun unjuran itu dilihat merosot selepas
kenyataan Muhamaddin Ketapi tular.
Pada awalnya Warisan dijangka akan dapat membentuk kerajaan semula di Sabah
namun Warisan dilihat kehilangan momentum tersebut selepas Muhamaddin Ketapi
membuat kenyataan mengenai insiden Lahad Datu.
Dijangka Warisan akan menghadapi persaingan sengit namun tidak semestinya
tewas memandangkan PRN Sabah menyaksikan BN dan PN bertembung sesama sendiri.
Sebagai rekod, Muhammaddin Ketapi telah pun membuat permohonan maaf dan
mengulanginya sekali lagi pada lewat petang tadi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid: Sudah-sudahlah label parti Malaya, parti Sabah, DAP-PKR tu bukan parti Malaya ke?
- Mohamaddin Ketapi hina tentera berperang dengan ayam, anjingl
- Kuda dicukur lambang Warisan keterlaluan, kejam
- Tentera terguris tolak dakwaan serang ayam, anjing dalam konflik Lahad Datu
- HINA TENTERA: Mohammadin Ketapi padam video selepas cabar rakyat Malaysia tengok video penuh
- MB Selangor beri RM10,000 kepada persatuan mahasiswa pulang mengundi
- PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi
- Menteri KDN dedah Warisan cuba sogok polis
- TERDEDAH: Warisan bayar RM500 ribu untuk 5 orang cybertroopers dari semenanjung
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel